Biskut Chocolat Chip adalah antara biskut yang menjadi kegemaran ramai di musim perayaan. Rangup, berkacang & kaya dengan rasa coklat menjadikan biskut ini menjadi menjadi pilihan tidak kira tua atau muda. Maklumlah, puasa pun dah nak dekat ni. Jadi, bagi anda yang tercari-cari resipi biskut yang mahu disajikan buat tetamu sempena Syawal nanti, bolehlah cuba resipi perkongsian dari saudari Zakiah Zainudin.
ULTIMATE CHOCOLATE CHIP COOKIE
BAHAN-BAHAN:
1 cawan mentega (lebih kurang 230gm)
3/4 cawan gula kaster
3/4 cawan gula perang
1 biji telur gred A
1 1/2 sudu teh esen vanilla
BAHAN-BAHAN KERING (DIAYAK):
2 1/4 cawan all purpose flour/tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam halus
2 cawan chocolate chip
CARA-CARA :
1. Panaskan oven ke 180C.
2. Satukan mentega, gula kaster, gula perang, telur dan vanila ke dalam mangkuk pengadun, pukul hingga sedikit kembang dan sebati.
3. Masukkan bahan-bahan kering dan gaul sebati.
4. Masukkan pula chocolate chip, jika suka kacang pun boleh masukkan dan gaul sebati.
5. Gunakan sudu kecil, sudukan ke atas baking paper.
6. Bakar selama 10 - 15 minit sehingga perang.
7. Bila dah masak, biarkan dahulu atas baking paper selama 3 minit, kemudian barulah di alih ke atas redai ataupun dulang.
INFO CHEF:
**Saya selalu bakar pada 15 - 18 minit untuk jadikannya rangup.
**Gunakan chocolate chip yang berkualiti supaya rasa cookie lagi sedap. Selalunya saya beli di kedai bakery imported choc chip.
**Saya guna premium butter macam SCS atau TATURA. Kalau guna BUTTERCUP dan yang sewaktu dengannya, lepas 2-3 minggu baunya macam hapak sikit.
**Ada yg bagitau esen vanilla tu gantikan dgn coffee oil atau butter oil, rasanya lagi sedap..
Selamat mencuba. Dipersilakan share.
Kredit resipi dan gambar sepenuhnya: Zakiah Zainudin via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
0 Response to "Resipi Biskut Coklat Chip Persis Dibeli Di Kedai Bakeri Mahal. Mudah Dan Paling Cepat Dibuat."
Posting Komentar