Cara-Cara Menghasilkan Sardin Secara Homemade. Jimat, Segar, Bersih & Dijamin Halal.


Setelah sardin masak, sejukkan sardine betul-betukl. Letakkan dalam bekas kering dan simpan di dalam petisejuk (boleh di frozenkan juga) selama sebulan atau lebih tanpa bahan pengawet.




Oleh: EDITORIAL RASA
Tarikh: 5 Mei 2017





Sardin antara makanan dalam tin yang menjadi kegemaran ramai. Tapi anda pernah tak terfikir untuk buat sendiri secara homemade sardin seperti yang dijual dalam tin tu? Ha….sempena puasa yang bakal menjelma ni, anda boleh cuba buat sendiri stok sardin untuk hidangan ahli keluarga. Sekali cuba, pasti anda akan jarang beli sardin tin dah lepas ni.



BAHAN-BAHAN:


5-6 ekor ikan sardin segar (bersihkan buang kepala & ekor)
2 biji tomato ranum
2 labu bawang besar merah
4 ulas bawang putih
1 cawan tomato purée
1/2 cawan sos tomato
1 cawan air + secukupnya
Garam & gula secukupnya



CARA MEMASAK:



src="https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_u7duccYq5-8RLeyvVrqOZGqJCzchA8q8X4-zmawVlVCu5SV46z8D6KxQPGoo3CwlkKt0k6zbq3Mhqvmctgsk7jIdFiGctJf9Ai9-v_bS4jcF5ql1sjaD0QumlKHCu_v0qadCCB-j7f=s0-d">

1. Bawang besar, bawang putih dan tomato dikisar halus.





2. Dalam periuk, panaskan sesudu makan minyak lalu tumis bahan kisar beberapa minit.



3. Masukkan tomato purée dan sos tomato. Tambah air dalam secawan.





4. Masukkan ikan dan tenggelamkan dalam kuah.



5. Tambah garam dan gula secukupnya.





6. Set pressure cooker pada high pressure untuk 60 minit. Masak sardin hingga betul-betul lembut (sampai tulang ikan rapuh).



INFO CHEF:

• Jika selepas 60 Minit ikan belum cukup lembut, boleh tambah masak 30 minit lagi. Tambah sedikit lagi air jika kuah terlalu pekat.

• Kalau guna periuk biasa pun boleh cuma kena selalu kacau supaya ikan tak melekat dan kena jaga api. Guna api yang tak terlalu besar. Masa memasaknya pun lebih kurang sejam lebih bergantung kepada kuantiti ikan.

• Setelah sardine masak, sejukkan sardine betul-betukl. Letakkan dalam bekas kering dan simpan di dalam petisejuk (boleh di frozenkan juga) selama sebulan atau lebih tanpa bahan pengawet.

• Kalau simpan dalam freezer, letakkan dalam bekas yang kecik (portion utk sekali masak).





Kredit gambar & resipi sepenuhnya : Chef Sue M. Arukin
dan

Related Posts :

0 Response to "Cara-Cara Menghasilkan Sardin Secara Homemade. Jimat, Segar, Bersih & Dijamin Halal."

Posting Komentar