
Ini Ayam Masak Merah versi keluarga kami. Resepi ni kami dah guna lebih 25 tahun sejak dari zaman arwah Abah masih ada untuk katering, kenduri kahwin semua. Kalau tak silap saya, arwah Abah dapat resepi ni dari seseorang dulu kemudian diolah serba sedikit sesuai dengan citarasa arwah.
Alhamdulillah, sambutan menggalakkan. In Shaa Allah, rasanya sedap. Kalau ikut versi ni, budak-budak pun boleh makan dengan senang sebab tak berapa nak pedas.
Resepinya di bawah ni.
Ayam 200 ketul atau boleh lebihkan sekitar 220 ketul untuk bahan kuah ni.
Bahan tumis.
Bawang besar 1/2 kg- hiris nipis.
Bawang putih 2 labu- hiris nipis.
Halia besar ibu jari 2 ruas. Hiris nipis memanjang.
Daun pandan 3 helai. Simpulkan.
Minyak sapi 2 sudu makan.
*bahan mesin. (Mesin sampai halus. Kalau kasar kuah jadi berserdak. Tak sedap.)
4kg bawang besar
3 labu bawang putih
Halia besar ibu jari dalam 3 ruas.
Serai dalam 40 batang
Lengkuas potong lebih kurang sama kuantiti dengan halia.
Buah keras 3 genggam.
Cili merah dalam 20 batang.
Serbuk jintan manis 2 sudu makan.
Serbuk jintan putih 2 sudu
makan.
Serbuk cili 2 sudu makan.
Serbuk kaskas 5 sudu makan.
Serbuk lada 1 sudu makan.
*campurkan semua bahan serbuk di atas dalam bahan mesin selepas di mesin.
Cili kering mesin dengan minyak sikit dalam dua blender. Bagi hancur biji dia sekali. Rebus dulu cili kering tu.
Tomato Heinz tin 2 tin.
Tomato Kimball 3 tin.
Santan pekat 1kg. Boleh juga guna susu cair. Kalau guna susu cair, guna 2 tin.
Gula, garam dan aji.
Cara masak.
Goreng ayam 200 ketul. (1 ekor ayam potong 10 bahagian). Ketepikan. Guna minyak goreng ayam tu balik untuk menumis. Goreng ayam separuh masak. Kalau masak sangat nanti keras. Tak sedap.
Minyak untuk tumis bahan ni, agak-agak ya. Saya guna lebih kurang dua blender.
Minyak dah panas, masukkan bahan tumis. Masak sampai sedikit kuning, jangan garing sangat nanti tak sedap. Lepas bahan tumis dah masak, masukkan cili kering blender tadi. Tambah air dalam satu balang blender atau lebih sikit. Tapi air jangan banyak sangat. Masak cili kering tu sampai pecah minyak.
Lepas cili kering dah masak, masukkan bahan blender tu yang sekali dengan bahan-bahan serbuk rempah tadi. Tambah air dalam 2 balang blender lagi. Masak kuah sampai mendidih dan agak-agak pecah minyak.
Bila nampak kuah dah masak, (pecah minyak) masukkan bahan-bahan tin dan santan. Tengok kuah macam mana. Kalau nampak pekat, tambah air sikit lagi. Tapi pastikan kuah tak cair sangat. Masak merah ni kena kuah berpalut sikit pada ayam. Tapi jangan pekat sangat na.
Bila semua kuah dah masak, masukkan garam, gula dan aji. Perasakan ikut sesuai dengan lidah kita. Perlahankan api. Masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Sambil kacau rata. Waktu kacau tu, jangan kasar sangat nanti ayam hancur. Kuah kalau boleh lebih sedikit dari paras ayam.
Waktu ni kena buka api paling kecil. Biar dia mendidih perlahan sampai pecah minyak. Dalam dua puluh minit macam tu.
*Bahan hias.
Karot dua biji. Hiris halus memanjang
Bawang besar 6 biji- hiris bulat, nipis.
Cili merah 8-10 biji- belah dua
Buah tomato 4 biji- hiris bulat.
Daun sup campur daun bawang- hiris dalam 1 inci. Potong dalam 5-6 pokok.
Masa kecilkan api tu boleh taburkan sekali bahan hias tu.
Selamat mencuba..
0 Response to "Semalam saya masak Ayam Masak Merah untuk 200 orang ,Ini Ayam Masak Merah versi keluarga kami. Resepi ni kami dah guna lebih 25 tahun sejak dari zaman arwah Abah masih ada untuk katering, In Shaa Allah, rasanya sedap. Kalau ikut versi ni, budak-budak pun boleh makan dengan senang sebab tak berapa nak pedas. Resepinya di bawah ni."
Posting Komentar