Ulang balik Resipi ini bagus untuk sahabat-sahabat yang ingin buat sos ikan (kicap ikan) sendiri terutamanya yg berada diluar negara..



RESEPI: SOS IKAN BUAT SENDIRI.

Bahan-bahan:


  • 1 kati isi ikan tenggiri (1 kati itu 600gm).
  • 5 ulas bawang putih diketuk dan cincang kasar. 
  • 1 biji limau nipis sederhana, perah dan ambil jusnya.
  • 5 helai daun salam..daun salam indonesia pun boleh.
  • 2 sudu kecil biji lada hitam.
  • 1 - 2 cawan air tanpa klorin..hehehe..air sungai kot. Tapi jangan bubuh pulak anti-klorin untuk aquriun bela ikan pulak..air paip itu kalau biarkan semalaman klorin akan mendak dibawah..ambil air diatas saja..ok.
  • 1 tsp garam.
cara buat:
1. Lumurkan garam, jus limau dan bawang putih.
2. Basuh potongan ikan tenggiri lebih kurang dalam 1/2 inci kiub.
3. Ambil sebuah bekas kedap udara..botol besar pun boleh..mamak haji pakai botol Horlicks besar. Masukan air yang dibancuh garam ia itu 2 cawan air tanpa klorin dengan 1 sudu atau 2 sudu kecil garam. Air boleh tambah tapi berikan ruang 1 inci pada botol anda kerana air akan bertambah dalam proses fermentasi ikan.
4. Masukkan semua bahan di sebutkan di atas.
5. Tutup rapat-rapat penutup dan simpan selama 2-3 minggu.
6. Selepas tempuh tersebut, tapis airnya dan simpan didalam peti sejuk bahagian bawah...anda boleh gunaka sos ini 4-6 bulan..hehehe. terbaik buat sendiri, aroma ikan tenggiri amat sedap kerana ia ikan yang mahal..kalu beli ikan buat budu..budu ditambah air garam dan ditapis boleh juga jadi sos ikan...tak caya try..
dan

0 Response to "Ulang balik Resipi ini bagus untuk sahabat-sahabat yang ingin buat sos ikan (kicap ikan) sendiri terutamanya yg berada diluar negara.."

Posting Komentar