RESEPI SOTONG GORENG TEPUNG TAK MELETOP



Kadang-kadang ada yang goreng sotong tu, meletop mak aii rasa macam nak cover pakai tudung tutup periuk ,kan?
Okay takpe. Ni resepi untuk yang takut letop letop macam saya. Hihi.
Bahan dan cara:
===========
A
  • Sotong 
  • Bawang putih
  • Garam
  • Lada sulah
  • Cuka
--> Basuh dan tos sotong seketika. Masukkan sesudu dua cuka. Saya guna cuka kurma. Cuka untuk keluarkan air dari sotong. Tak perlu banyak. Nanti lari rasa. Tumbuk halus bawang putih. Kacau dalam tos sotong bersama lada sulah dan sedikit garam. Biar 10 minit.
B
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jangung
  • Suku cawan tepung beras
  • 1 sudu garam
  • Sedikit kunyit
  • Serbuk lada sulah 
  • Serbuk lada hitam
--> Kacau semua sekali. Biar kering. Jangan tambah air tau.
●Panas kan minyak yang banyak.
●Kacau telor putih dan kuning. Jangan terlalu lama. Boleh buat telor ringan dan tepung tak melekat.
●Masukkan sotong tadi kedalam telor.
●Celup dalam adunan tepung tadi dan goreng. Jangan goreng sotong terlalu lama. Nanti sotong jadi liat.
--> Boleh share. Selamat mencuba!
dan

0 Response to "RESEPI SOTONG GORENG TEPUNG TAK MELETOP"

Posting Komentar