Akhirnya tertunai jugak hasrat nak buat mee sendiri. 100% manual, sejam je masa. 4 bahan, 4 alat ..boleh dapat 1.3kg. Berbaloikan? Rasanya pun sedap dan teksturnya kenyal.

Mee Kuning Homemade
Bahan:
500gm tepung gandum
*1 bj telor
*Sedikit pewarna kuning - agak2 lah, saya letak beberapa titik aje...tak yah kuning sangat.
*2 sdb air kapur (air bukan kapurnya ya)
Bahan bertanda * campurkan dengan air jadikan 200 ml, kacau dan sebatikan.
Cara:
Masukkan tepung dalam mangkuk besar. Buat lubang kat tgh2 tepung tu, tuang campuran air tadi, gaul
dan uli hingga jadi doh. Tak perlu uli lama-lama. Bila dah jadi doh berhenti. Adunan memang agak
keras sedikit. Rupa dia macam doh kulit karipap tapi keras sedikit. Jangan pi tambah air pulak.
Saya kongsikan teknik yang saya guna utk buat mee secara manual:
Bahagikan doh kepada 4 bahagian. Kalau tak menangislah kat situ nak canai doh keras dan besar tu.
Ambil satu bahagian, canai sampai nipis macam mee lah kan. Bayangkan dalam fikiran tebal mee
kuning macamana. Jangan nipis sangat, nanti susah nak angkat selepas di potong. Doh yang lain tu
tutup dengan tuala lembap. Nanti kering kedegang, keras susah nak canai. Lepas puas hati dengan
ketebalan doh tu, boleh lah, guna pembaris panjang untuk mengagak lebar mee tu dan terus potong.
Guna pemotong pizza lagi senang dan kemas. Lepas tu guna off-set spatula untuk angkat mee tu dan
letak dalam dulang atau apa2 bekas yang sesuai. Tabur tepung dulu dulang tu...takut melekat. Dekat
atas dulang tu saya letak chopstick untuk memudahkan mengangkat mee tu bila nak rebus nanti.
Okay, dah habis satu doh buat yang sama untuk baki doh dan buat hingga habis.
Kemudian panaskan air dalam periuk macam nak rebus spagetti. Bila dah mendidih masukkan 2 sdb
garam. Masukkan mee dan rebus selama 5 minit. Bila masukkan mee jangan gatal tangan nak terus
kacau ya... nanti putus mee tu. Lepas 2 minit baru kacau. Kalau kita test gigit mee tu dah tak
rasa tepung, kira dah masak lah tu. Sementara tu sediakan mangkuk besar yang diisi dengan air
paip. Toskan mee dan masukkan dalam air paip untuk hilangkan kanji dan elakkan dari melekat. Bila
dah agak sejuk mee tu, toskan dan salin ke dalam bekas lain pulak dan masukkan 3 sdb minyak masak.
Gaul sebati. Boleh guna terus atau simpan untuk di masak keesokannya. Jangan tanya berapa hari
boleh simpan mee ni sebab saya pun tak tahu. Tak pernah simpan lagi.

0 Response to "Akhirnya tertunai jugak hasrat nak buat mee sendiri. 100% manual, sejam je masa. 4 bahan, 4 alat ..boleh dapat 1.3kg. Berbaloikan? Rasanya pun sedap dan teksturnya kenyal."
Posting Komentar