Resipi mudah sesuai untuk bulan puasa yang akan dtg ni. Daging Masak Kicap Sesuai utk di makan semasa sahur atau berbuka



Resepi Daging Masak Kicap

BAHAN-BAHAN : 
  • 500gm daging lembu 
  • 2 sudu besar serbuk kurma 
  • 4 sudu besar sos tiram 
  • 6 sudu besar kicap manis 
  • 2 sudu kicap cair 
sans-serif;">4 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 2cm halia 
  • 2cm lengkuas 
  • 1 biji cili capsicum 
  • 1 biji bawang besar 
  • 3 biji ubi kentang 
  • Air secukupnya

  • CARA MEMASAK : Potong daging menjadi ketulan kecil kemudian dibasuh bersih ditos dan ketepikan dulu . Kupas ubi kentang dan dipotong . Goreng ubi kentang sehingga masak kemudian diketepikan dulu . Potong bawang besar serta cili capsicum. Kupas semua bawang , lengkuas dan halia kemudian dikisar lumat .
    Panaskan minyak secukupnya dalam kuali , tumis semua bahan kisar sehingga wangi dan terus masukkan serbuk kurma yang dibancuh dengan sedikit air . Bila serbuk kurma dah masak serta terbit minyak baru la dimasukkan semua daging , sos tiram , kicap cair , kicap manis dan minyak bijan dan air . Kacau semua bahan sehingga mesra dan biar daging masak sehingga empuk dan boleh la ditamabh sedikit lagi air jika nak lebih kuah . Masukkan semua cili capsicum , bawang besar serta kacau semua bahan dan biarkan sampai cili dan bawang masak serta menjadi layu .
    Akhir sekali masukkan ubi kentang tadi dan kacau semua bahan dan jika kurang masin boleh ditambah lagi kicap .
    Kredit : resepinannie
    dan

    Related Posts :

    0 Response to "Resipi mudah sesuai untuk bulan puasa yang akan dtg ni. Daging Masak Kicap Sesuai utk di makan semasa sahur atau berbuka"

    Posting Komentar