Resipi mudah sesuai untuk bulan puasa yang akan dtg ni. Daging Masak Kicap Sesuai utk di makan semasa sahur atau berbuka



Resepi Daging Masak Kicap

BAHAN-BAHAN : 
  • 500gm daging lembu 
  • 2 sudu besar serbuk kurma 
  • 4 sudu besar sos tiram 
  • 6 sudu besar kicap manis 
  • 2 sudu kicap cair 
  • 4 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 2cm halia 
  • 2cm lengkuas 
  • 1 biji cili capsicum 
  • 1 biji bawang besar 
  • 3 biji ubi kentang 
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK : Potong daging menjadi ketulan kecil kemudian dibasuh bersih ditos dan ketepikan dulu . Kupas ubi kentang dan dipotong . Goreng ubi kentang sehingga masak kemudian diketepikan dulu . Potong bawang besar serta cili capsicum. Kupas semua bawang , lengkuas dan halia kemudian dikisar lumat .
Panaskan minyak secukupnya dalam kuali , tumis semua bahan kisar sehingga wangi dan terus masukkan serbuk kurma yang dibancuh dengan sedikit air . Bila serbuk kurma dah masak serta terbit minyak baru la dimasukkan semua daging , sos tiram , kicap cair , kicap manis dan minyak bijan dan air . Kacau semua bahan sehingga mesra dan biar daging masak sehingga empuk dan boleh la ditamabh sedikit lagi air jika nak lebih kuah . Masukkan semua cili capsicum , bawang besar serta kacau semua bahan dan biarkan sampai cili dan bawang masak serta menjadi layu .
Akhir sekali masukkan ubi kentang tadi dan kacau semua bahan dan jika kurang masin boleh ditambah lagi kicap .
Kredit : resepinannie
dan

1 Response to "Resipi mudah sesuai untuk bulan puasa yang akan dtg ni. Daging Masak Kicap Sesuai utk di makan semasa sahur atau berbuka"

  1. Daripada kuota habis scroll hal gk bermanfaat
    Mending cobain main game di BOLASINGA
    Dijamin kasih cuan melimpah
    Buktikan sendiri di BOLASINGA

    BalasHapus