
Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-
(_)250 g cendawan butang
(_)800 ml air
(_)250 ml susu sejat IDEAL
(_)1 kiub ayam “Maggi”
(_)1 biji bawang besar, didadu kasar
(_)1 ulas bawang putih, cincang halus
(_)2 1/2 camca besar mentega
(_)1 1/2 camca besar tepung gandum
(_)1/2 camca teh serbuk lada hitam
(_)Secubit garam
(_)Sedikit cincangan daun parsley, untuk hiasan
Cara-cara untuk Memasaknya ialah:-
1. (_)Cendawan dibasuh, lap kering dengan kitchen towel bersih. Asingkan 4 – 5 biji cendawan tadi dan dipotong dadu sederhana besar. Manakala yang selebihnya, hiris kasar. Ketepikan.
2. (_)Panaskan mentega dalam kuali, masukkan cendawan dan goreng hingga layu.
3. (_)Tambah bawang putih dan bawang besar, goreng hingga bawang besar layu sahaja.
4. (_)Masukkan tepung dan kacau rata2. Gunakan api kecil.
5. (_)Padamkan api dan biar ianya suam. Kemudian kisar halus, tuang dalam kuali semula.
6. (_)Masak dengan api perlahan hingga mendidih, masukkan cendawan yang didadu tadi, tambah serbuk lada hitam dan kacau rata. Masak hingga pekat.
7. (_)Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Hidangkan dengan menabur sedikit daun parsley yang dicincang dan taburan serbuk lada hitam serta roti bawang putih.

Main Game Online Sambil Rebahan di PINOBOLA
BalasHapusDapat serunya dapat juga cuannya