Resepi Agar-agar Lapis Gula Merah / Gula Melaka



Resepi Agar-agar Lapis Gula Merah / Gula Melaka

Bahan A

  • 25gm serbuk agar-agar
  • 1500ml air
  • 300gm gula merah / gula melaka
  • 50gm gula pasir
  • 1 helai daun pandan
  • Bahan B (Agar Santan)
  • 25gm serbuk agar-agar
  • 1500ml air
  • 250gm gula
  • 100gm serbuk santan (2 pkt 50gm)
  • 1 helai daun pandan
  • Loyang 10" (basahkan dahulu)

Cara-cara :

Satukan bahan A dan masak hingga mendidih. Keluarkan daun pandan, Tapis, kacau biar suam sedikit.
Satukan bahan B dan masak hingga mendidih. Keluarkan daun pandan, kacau biar suam sedikit.
Tuang 350ml agar-agar santan ke dalam loyang dan biar hingga hampir beku.
Kemudian tuang 350ml agar-agar gula merah dan tuang ke atas agar-agar santan tadi.
Ulangi lapisan santan dan gula merah berselang seli hingga habis.
*** Sentiasa panaskan agar-agar setiap kali hendak menuangkannya supaya lapisannya tidak terpisah. cakar sedikit permukaan agar-agar sekiranya telah beku sebelum menuangkan lapisan agar yang seterusnya.
dan

0 Response to "Resepi Agar-agar Lapis Gula Merah / Gula Melaka"

Posting Komentar