Bahan :
Garam secukup rasa
Air secukupnya
2 helai daun pandan | dikoyak dan disimpul
300ml santan
100gm gula Melaka
150gm gula pasir
100gm cha-cha
300gm keledek | dipotong kiub dan direbus empuk
1 titik pewarna pilihan ( titiskan dalam air)
1/2 cawan air
1 cawan tepung gandum
Sebut sahaja Bubur Chacha, masing-masing terbayang manisan enak dan lazat tu. Kadang-kadang, bila teringin nak makan, tepung chacha tu pula tak ada stok dekat rumah. Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri. Senang sahaja. Serius! Sekali cuba, pasti lepas ni anda tak akan beli lagi tepung chacha di kedai. Jimat dan boleh buat niaga. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1. Bancuh tepung bersama air. Uli sehingga jadi doh. Pastikan doih tidak lembik sangat. Anggaran seperti doh kulit karipap.
2. Ambil doh, cubit sedikit, gentel sebesar kepala mancis. Jemur tepung chacha seketika sehingga kering.
3. Sedia untuk disimpan atau dimasak bubur chacha.
Kredit resipi dan gambar: Zaridah Awang Salleh via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Nak cuba masak manisan ni? Boleh cuba resipi di bawah.
RESIPI BUBUR CHACHA BERSAMA KELEDEK MANIS
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Satukan isi keledek, cha-cha, gula pasir, gula Melaka, santan, daun pandan dan air secukupnya. Didihkan dan dikacau rata.
2. Pastikan bubur dimasak dengan api yang perlahan dan dikacau selalu.
3. Akhir sekali perasakan dan didihkan sehingga masak.
4. Sedia untuk dimakan.
Resipi & gambar: Majalah Rasa
0 Response to "Cara-Cara Buat Tepung Chacha Secara Homemade. Hari-Hari Boleh Masak Bubur Masa Bulan Puasa Nanti."
Posting Komentar