Ha…jangan tak tahu, dengan menggunakan makaroni juga, anda boleh menjadikannya sebagai kudap-kudapan enak. Lebih kurang macam kuih siput tu.

Sebut sahaja makaroni, pasti terbayang dimana hidangan makaroni goreng, makaroni bakar dan macam-macam lagi lah hidangan enak yang menggunakan pasta ini. Ha…jangan tak tahu, dengan menggunakan makaroni juga, anda boleh menjadikannya sebagai kudap-kudapan enak. Lebih kurang macam kuih siput tu. Hmmm…boleh terbayang keenakannya dalam setiap suapan. Kalau buat sebagai kudapan tetamu di hari nanti pun sesuai juga. Jom cuba resipi perkongsian dari Anok Betong ini. Anda pasti kagum dengan hasilnya.
BAHAN-BAHAN:
Makaroni
Tepung gorengan serbaguna
Daun kari
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan air dan rebus makaroni sehingga kembang. Toskan airnya dan biar makaroni kering seketika.
2. Gaul makaroni bersama tepung gorengan serbaguna hingga rata.
3. Masukkan daun kari dan gaul lagi.
4. Panaskan minyak masak dan goreng makaroni tadi hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
5. Sedia untuk dinikmati.
Kredit gambar & resipi: Anok Betong via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
0 Response to "Makaroni Crispy. Kudap-Kudap Unik & Rangup. Memang Layan Habis!"
Posting Komentar