Himpunan Resipi Sambal Colek Yang Boleh Anda Buat Dalam Masa 5 Minit. Sesuai Dicuba Di Bulan Puasa.






Sambal colek antara juadah yang boleh menaikkan selera tatkala berbuka puasa. Tak perlu lauk pauk yang mewah, cukup sekadar beberapa bahan asas seperi ikan bilis, cili, bawang dan limau, ia sudah mampu untuk menjadikan anda menambah nasi beberapa kali.Lagipun cara penyediaannya juga mudah dan cepat. Sesuai sangat dicuba bagi ibu-ibu yang kurang masa di dapur. Jom lihat resipi-resipi sambal colek yang boleh anda cuba. Jangan lupa share di wall anda ya!




1. SAMBAL TOTOK JAWA

BAHAN-BAHAN:

250gm ikan bilis| dibuang kepala dan kopek dua

10 biji cili padi | dikisar

3 biji cili merah | dikisar

1 biji bawang besar | dimayang

2 ulas bawang putih | dimayang

2.5cm belacan

1 biji limau kasturi

Garam dan gula secukup rasa

Minyak masak secukupnya


CARA MEMASAK:


Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat, tos dan ketepikan.
Tumis bawang besar, bawang putih dan belacan. Kacau sebati sehingga naik bau. Angkat, tos dan ketepikan.
Tumis cili padi dan cili merah. Angkat, tos dan ketepikan.
Kemudian tumbuk semua bahan yang telah digoreng kecuali ikan bilis hingga agak lumat.
Masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar. Perah sedikit limau kasturi. Perasakan garam dan gula secukup rasa.
Sedia dinikmati.







2. SAMBAL TEMPOYAK DURIAN SEGAR

BAHAN-BAHAN:
5 sudu besar isi durian segar yang telah dibuang biji
5 biji cili padi merah dan hijau
Garam dan gula secukup rasa



CARA MEMASAK:


Masukkan isi durian ke dalam mangkuk.
Tumbuk cili padi bersama sedikit garam sehingga lumat.
Gaulkan bersama isi durian sehingga sebati. Tambahkan sedikit gula jika perlu.
Sedia untuk dihidangkan.







3. SAMBAL BELACAN MANGGA



BAHAN-BAHAN:
300gm cili padi
2 biji buah mangga
Sekeping belacan | dibakar
2 ulas bawang putih | dibakar
1 biji bawang besar | dibakar
Sedikit garam dan gula



CARA MEMASAK:

1. Kisar cili padi bersama bahan yang dibakar.

2. Perasakan dengan garam dan juga gula secukupnya.

3. Akhir sekali, masukkan mangga muda yang telah disagat halus. Gaul hingga rata.





4. SAMBAL BILIS TUMBUK

BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan lebihan sambal bilis
7 biji cili padi
2 biji cili merah
Garam secukup rasa



CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan ke dalam lesung batu.
Tumbuk sehingga bilis lumat.
Sedia untuk dinikmati.







5. SAMBAL BELACAN ASAM BELIMBING



BAHAN-BAHAN:
4 biji belimbing buluh
4 biji cili merah
6 biji cili padi
2cm belacan



CARA MEMASAK:

1. Belacan dibakar terlebih dahulu untuk menaikkan baunya.

2. Kemudian masukkan cili padi dan cili besar dahulu. Tumbuk hingga agak lumat.

3. Setelah itu masukkan pula belimbing buluh dan tumbuk lagi.

4. Akhir sekali, masukkan belacan yang telah dibakar. Perasakan dengan gula.

5. Sedia dihidangkan.







6. SAMBAL GESEK IKAN BILIS



BAHAN-BAHAN:
100 gm ikan bilis
10 ulas cili padi
5 biji limau kasturi
Garam secukup rasa



CARA MEMASAK:

1. Cuci ikan bilis, kemudian ditoskan.

2. Tumbuk cili padi bersama dengan garam dan ikan bilis sehingga hampir lumat.

3. Kemudian perahkan limau kasturi dan gaul rata.

4. Sedia untuk dihidang.







7. SAMBAL TOTOK BERULAM



BAHAN-BAHAN:
5 biji cili hijau | dipotong dua
10 biji cili padi | dipotong dua
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 cm belacan
20 gm ikan bilis - ditumbuk
Garam secukup rasa



CARA MEMASAK:

1. Goreng cili hijau, cili padi, bawang putih dan bawang merah sehingga layu. Ketepikan.

2. Kemudian goreng ikan bilis sehingga masak. Ketepikan.

3. Goreng belacan sehingga garing dan ketepikan.

4. Di dalam lesung, tumbuk bahan yang telah digoreng bersama dengan garam.

5. Tumbuk sehingga lumat dan sedia untuk dinikmati bersama ulam.





8. SAMBAL LENGKUAS UDANG KERING



BAHAN-BAHAN:
150 gm udang kering | ditumbuk halus
2 sudu makan cili kering | ditumbuk halus
120 gm serai | dimayang
120 gm lengkuas | dimayang
120 gm bawang merah | dimayang
120 gm daun kunyit | dimayang
375 ml santan
1 1/2 sudu makan kerisik
Garam secukup rasa





CARA MEMASAK:

1. Masukkan santan ke dalam periuk dengan membuka api yang perlahan.

2. Kemudian masukkan udang kering yang ditumbuk tadi.

3. Selepas itu nasukkan cili kering yang ditumbuk tadi dan bahan-bahan yang telah dimayang. Kacau rata sehingga sebati.

4. Apabila kuah pekat sedikit, masukkan kerisik dan garam scukup rasa.

5. Kacau hingga hampir kering dan bolehlah diangkat.

6. Sedia dihidang.





9. SAMBAL PAUH



BAHAN-BAHAN:
7 biji mangga muda
4 ekor ikan selayang | direbus
15 biji cili api
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa





CARA MEMASAK:



1. Tumbuk cili api dan mangga muda sehingga halus.

2. Selepas itu masukkan ikan selayang dan tumbuk lagi sehingga halus.

3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tumbuk lagi dan gaul sebati.

4. Masukkan ke dalam bekas sambal. Sedia dihidangkan.





10. SAMBAL AIR ASAM BUNGA KANTAN



BAHAN-BAHAN:
20 tangkai cili padi
2.5cm belacan l dibakar
1 batang bunga kantan
1 biji tomato
1 biji bawang besar
Air asam jawa secukupnya atau jus limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa



CARA MEMASAK:



1 Hiris atau mayang halus cili padi, bunga kantan, tomato, bawang besar dan belacan.

2 Kemudian satukan kesemua bahan dan digaul sebati.

3 Selepas itu masukkan air asam jawa dan digaul lagi sehingga rata.

4 Akhir sekali, perasakan secukupnya.

5 Sedia untuk dihidangkan bersama ikan bakar.
dan

0 Response to "Himpunan Resipi Sambal Colek Yang Boleh Anda Buat Dalam Masa 5 Minit. Sesuai Dicuba Di Bulan Puasa."

Posting Komentar