
Waktu kecil, aiskrim Malaysia ni la yang buat kita ulang alik ke kedai setengah jam sekali. Kena pula cuaca panas, memang layan habis. Ada pelbagai jenis seperti aiskrim jeruk, aiskrim bubur, aiskrim bandung, aiskrim jagung dan banyak lagi. Memang sedap dan sejuk je lalu di tekak kan? Jom cuba resipi Aiskrim Asamboi resipi perkongsian dari saudari Noy Yullan.
BAHAN-BAHAN:
2.5 liter air
2 1/2 cawan gula (boleh tambah/kurangkan)
32 biji asamboi
4 hingga 5 sudu besar tepung jagung (supaya aiskrim gebu)
Kordial asam masin secukupnya.
CARA-CARA:
1. Bancuh semua bahan dahulu supaya tepung jagung larut.
2. Masak bancuhan tadi sehingga mendidih. Tutup api.Tapis.
3. Masukkan asamboi yang ditapis tadi ke dalam plastik aiskrim.
4. Apabila air asamboi suam, masukkan ke dalam plastik aiskrim.
5. Bekukan di dalam freezer.
Note: Anggaran Aiskrim (32+- batang)
Kredit Resipi & Gambar Sepenuhnya: Noy Yullan via Resepi Ringkas Tapi Sedap
0 Response to "Gamit Memori Zaman Kanak-Kanak. Aiskrim Asam Boi Legend, Gebu Dan Cair Di Mulut. Memang Layan!"
Posting Komentar